JAWATANKUASA INDUK



CARTA ORGANISASI
JAWATANKUASA INDUK PELAKSANA PROGRAM EKSA
HOSPITAL SERI MANJUNG


PERANAN PENGERUSI/NAIB PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK

·         Menentukan hala tuju keseluruhan dalam pelaksanaan EKSA;
·         Membentuk pelan tindakan pelaksanaan EKSA;
·         Menentukan belanjawan dan mengenalpasti sumber-sumber kewangan;
·         Menetapkan polisi, peraturan dan garis panduan;
·         Mengenalpasti ahli-ahli jawatankuasa, fasilitator dan ketua-ketua zon;
·         Menetapkan sistem penghargaan dan anugerah;
·         Mengawas  dan  menilai  kemajuan  perlaksanaan  EKSA  (dengan bantuan JK Audit);
·         Memberi  galakkan  untuk  penyertaan  dalam  aktiviti  EKSA  (dengan bantuan JK Promosi); dan
·         Melatih dan membimbing pekerja ke arah pembentukan amalan-amalan kebersihan (dengan bantuan JK Latihan).

PERANAN PENYELARAS
·         Menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Amalan EKSA;
·         Mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Amalan EKSA  Hospital Seri Manjung bila mana Pengerusi tidak dapat hadir;
·         Membantu Pengerusi menentukan hala tuju keseluruhan Amalan EKSA Hospital Seri Manjung;
·         Menyelaraskan Program Amalan EKSA HOSPITAL SERI MANJUNG;
·         Melaporkan kemajuan dan status pelaksanaan Amalan EKSA kepada Jawatan Kuasa Induk EKSA;
·         Menghebahkan maklumat terkini pelaksanaan Amalan EKSA dalam organisasi;
·         Memastikan aktiviti EKSA dijalankan secara sistematik dan berterusan;
·         Membantu Pengerusi membentuk pelan tindakan Amalan EKSA Hospital Seri Manjung;
·         Membantu Pengerusi mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan dengan bantuan ahli jawatankuasa yang lain; dan
·         Membantu Pengerusi memantau kemajuan Amalan EKSA melalui contoh amalan terbaik.

PENOLONG PENYELARAS

·         Membantu Penyelaras menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Amalan EKSA;
·         Membantu Pengerusi menentukan hala tuju keseluruhan Amalan EKSA Hospital Seri Manjung;
·         Membantu Pengerusi membentuk pelan tindakan Amalan EKSA Hospital Seri Manjung;
·         Membantu Pengerusi mengawasi dan menilai kemajuan pelaksanaan dengan bantuan ahli jawatankuasa yang lain; dan
·         Membantu Pengerusi memantau kemajuan Amalan EKSA melalui contoh amalan terbaik.


PERANAN SETIAUSAHA

·         Menjadi urusetia mesyuarat Jawatankuasa Induk Amalan EKSA HOSPITAL SERI MANJUNG;
·         Mengurus dokumentasi dan menyimpan  rekod  utama  dan  minit  berkait  dengan  pelaksanaan Amalan EKSA; dan
·         Membantu pengurusan aktiviti promosi, latihan dan audit.