Ekosistem
Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014
sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak
MAMPU dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran
tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada
jabatan/agensi sektor awam. Langkah penjenamaan semula ini difikirkan
sesuai dan seiring dengan perubahan dan kehendak semasa untuk
meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di samping menyemarakkan
lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga HOSPITAL SERI
MANJUNG.
Komponen
utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang
ditambahbaik di samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan
bertujuan untuk menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini,
sebaliknya menambah baik elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada
pengwujudan persekitaran kerja yang lebih kondusif. Amalan 5S
ditambahbaik dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:
- Imej korporat;
- Kreativiti dan Inovasi;
- Amalan Hijau;
- Persekitaran Kondusif; dan
- Kepelbagaian Agensi.