Ekosistem
Kondusif Sektor Awam atau EKSA telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai
inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam oleh pihak MAMPU dengan
mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang
berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam.
Langkah penjenamaan semula ini difikirkan sesuai dan seiring dengan perubahan
dan kehendak semasa untuk meningkatkan prestasi dan daya saing organisasi di
samping menyemarakkan lagi budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan warga HOSPITAL
SERI MANJUNG.
Komponen
utama dalam pelaksanaan EKSA masih berteraskan Amalan 5S yang ditambahbaik di
samping penambahan beberapa elemen baharu. EKSA bukan bertujuan untuk
menggantikan konsep 5S yang diamalkan sebelum ini, sebaliknya menambah baik
elemen 5S tersebut dengan menyokong kepada pengwujudan persekitaran kerja yang
lebih kondusif. Amalan 5S ditambahbaik
dengan menambah lima elemen baharu, iaitu:
·
Imej korporat;
·
Kreativiti dan Inovasi;
·
Amalan Hijau;
·
Persekitaran Kondusif; dan
·
Kepelbagaian Agensi.